Friday, February 19, 2010

Ketika Alam Bertasbih..

Di dalam satu program motivasi terdapat satu slot di mana peserta dibawa ke satu tempat air terjun selepas menunaikan solat subuh.Mereka semua diarahkan duduk di tepi2 sambil menyelamkan kaki ke dalam air..Seterusnya ustaz yg mengendalikan program itu bertanya,siapa suka lagu rock kapak?maka ada yg mengangkat tangan..Siapa pula yg sukakan dangdut?maka ada juga yang mengangkat tangan..Siapa yg suka RnB n Jazz?ada juga yang mengangkat tangan..."kepada yg sukakan rock kapak,bila kamu sedang stress,apa akan jadi kepada kamu jika kamu mendengar lagu dangdut?" dan ada yang menjawab, "pengsan la saya, ustaz"...ustaz itu bertanya lagi, "kepada yg sukakan jazz,bila kamu sedang stress,apa akan jadi kepada kamu jika kamu mendengar lagu rock kapak?, aada yang menjawab,"boleyh gila klu mcm tuh,ustaz",dan jwapan itu disambut dengan gelak..Ustaz itu seterusnya meneruskan apa yg diprogramkanya dan mnenyuruh smua org memejamkan mata selama 10 saat..Mereka memejamkan mata sambil menghayati bunyi-bunyian alam yang menenangkan.Selepas 10saat, ustaz itu bertanya,"siapakah yang tidak merasa tenang selama 10saat tadi?" maka tidak ada seorang pon yang mengangkat tangannya..ustaz itu menyoal lagi,"kenapakah orang yg meminati rock kapak,jazz,RnB dan dangdut kesemuanya bersatu merasa tenang dengan hanya mendengar bunyi-bunyian alam di sini?", maka tidak ada seorang pon yang mampu menjawab..ustaz itu menjawab "ini adalah kerana bunyi-bunyian alam ini adalah bunyi seluruh ciptaan Allah S.W.T yang sedang bertasbih terhadap penciptanya"..Seluruh alam sbenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah cumanya manusia tidak mempunyai daya untuk mendengarnya.Dan apabila tiba malam jumaat, seluruh gunung-ganang, bukit-bukau,pohon2 beserta haiwan2 akan bertasbih dengan sebaik2nya kerna takotkan kemungkinan kiamat berlaku keesokan harinya namun kita sbg manusia yang mempunyai akal sering alpa dengan hal2 keduniaan dan beranggapan seoolah2 kiamat itu tidak akan berlaku dalam waktu terdekat.Disini jelaslah bahawa zikirullah itulah yang sebenar2nya akan membuatkan hati lebih tenang berbanding apa pon lagu kesukaan kita..Seperti mana kita berasa tenang mendengar bunyi-bunyian alam, maka begitulah juga kita akan merasa tenang apabila diri sendiri yang bertasbih kepada Allah.Imam Al Bukhari meriwayatkan, Rasulullah pernah bersabda: yang bermaksud
"Sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat seketul darah, jika ia baik dan sihat maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika ia sakit maka sakitlah seluruh tubuhnya, ketahuilah, segumpal darah itu adalah hati"

Sesungguhnya hati memerlukan makanan rohani iaitu sperti zikrullah dan kerana itu lah hati semua orang akan merasa tenang apabila mendengar bunyian alam yang sebenarnya bunyi2 itu adalah tasbih kepada Allah.Sama2lah kita menjaga hati kita dan memberikan makanan rohani kepadanya dengan sebaiknya dengan memperbanyakkan berzikrulah dalam kehidupan seharian kita..

"Semoga berjumpa lagi,jika bukan di bumi Tuhan, insyaAllah di akhirat nanti"..

Sunday, February 14, 2010

Student Melayu..

Mengapakah student melayu lebih hebat dr student cina apabila berada di secondary school tapi nek ja University,makin lama makin jatuh prestasinya..Cuba kita fikirkan sejenak apakah perubahan yang mmbuatkan kita tidak hebat sperti dulu..Sbg contoh seorang pelajar dr SBP..Eloklah kita mulakan berbicara bermula dengan waktu paginya hingga malamny..Dulunya di SBP, solat subuh alhamdulillah berjemaah, namun bila masuk U xda sapa nk gerak, maka berjemaah itu mungkin jauh sekali dan persoalaanya adakah solat itu ditunaikan?Tepuk dada tanya iman.Solatlah sebelum kamu disolatkan,tiada berkat ilmu tanpa solat,tiada berkat hidup tanpa berlandaskan syariat,selagi dirimu belum diusung ke liang lahad,selagi matahari belum terbit sebelah barat,sma2lah kita bertaubat dan tunaikan solat..Dulunya B4 masuk kelas, ada bcaan doa dulu tetapi sekarang bcakah doa sblum memulakan pembelajaran dalam kelas?kalau buat tuh alhamdulillah la,klu b4 nih xbuat marilah kita bersama2 laksanakan kembali..Dlunya tyme ptg stdy cz ada prep ptg tapi skunk ni klu xda kelas ptg,hbskan masa dgn tdoq x pon men game xpon mghadap tenet..Dlunya solat berjemaah magrib dan isyak,namun kini adakah kita menunaikan solat dan berjemaah?tepuk dada tanya iman..Dlunya selepas solat magrib,membca AlQuran berjemaah tetapi kini mungkin sekadar perhiasan di dlam almari..Bacalah Alquran sebanyak mungkin,apabila terlalu lama meninggalkan dr membacanya, percayalah lidah menjadi keras dan bcaanya juga akan sperti orang yg baru belajar membaca, dan sama2lah beramal dengan apa yang difirmankan didalam AlQuran..Dulunya,stdy wktu malam dengan berseluar panjang dan berbaju melayu namun kini,hanya boxer dipakainya,dimanakah keberkatan dlm pelajaranmu itu jika tidak menutup aurat ketika menuntut ilmu Allah..Dulunya,pkul 1 plg lwt tdoq, tp skunk nih,pkul 1 plg awal tdo pdhl klas kul 8,then pg sok alkelamlah klas pagi tuh..Moga kita berubah kepada yg lebih baik..

"Semoga berjumpa lagi,jika bukan di bumi Tuhan, insyaAllah di akhirat nanti"..

Matinya hati seorang manusia..

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Kita mingkin selalu risaukan tentang kecantikan diri,penampilan diri namun adakah kita pernah memikirkan tentang kecantikan hati?.Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati dan cuba bayangkan jika setiap hari 100 dosa dan selama setahun maka (100x365=36500) titik hitam yang ada pada hati kita,betapa hitam dan kotornya hati kita.Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.Kadang kita asyik merungut "stdy byk dah tapi masuk exam hall jadi blank ja","stdy dah tp tlupa dah la","stdy dari tadi g nih tp awat tah ilmu nih xmau masuk dlm kepala nih",mungkin kdg2 perkara sperti ini sering berlegar dalam fikiran seorang pelajar, namun adakah kita sedar mengapa itu terjadi?Percayalah dan berpeganglah pada kata, "jika kita menjaga hak Allah nescaya Allah akan memelihara hak kita".Berjaga-jagalah dari matinya hati kita kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan pelajaran merosot malah akan menyebabkan kerosakan di muka bumi.Kita mungkin mati jika tubuh ini tidak diberi makan, namun begitu juga pada hati, jika ianya tidak diberi santapan rohani yang secukupnya, maka sakitlah ia, jika ia sakit dan tidak diubati, maka matilah ia.Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu hubbul dunia (kasihkan dunia), lalai daripada zikirullah (mengingati Allah, membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Santapan rohani bukanlah dengan mendengar lagu2 yg tidak berfaedah, bukan dengan menonton cerita yang mengusik kalbu, namun ianya dengan zikrullah dan muhasabah diri.Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud:
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)

Jika kita hidup berlandaskan syariat, insyaAllah aman dan mudahlah urusan kita di dunia dan di akhirat..Sampaikanlah walaupun satu ayat..P/s:Diolah dr artikel Ustaz Zainudin Hashim


"Semoga berjumpa lagi,jika bukan di bumi Tuhan, insyaAllah di akhirat nanti"..

Saturday, February 13, 2010

Solat itu Tiang Agama

Solat itu tiang agama, jika rumah tanpa tiang maka tiada terbinalah rumah itu dan jika manusia tanpa solatnya, maka apakah erti hidupnya walaupun harga setinggi gunung sekalipun, sestylo mana pon pkaiannya dan setinggi mana pon pangkatnya, namun ttp tiada darjat d sisi Allah S.W.T. Meninggalkan solat itu berdosa besar!!!!Namun mengapakah masih rmai yang tidak mnunaikan solatnya???..Kajian Dato dr Fadhilah kamsah mendapati hanya 30% orang beragama islam di Malaysia menunaikan solatt..dimanakah lagi 70% nya?.Tepuk dada tanya iman..Meninggalkan sembahyang juga bererti lalai dalam mengerjakan solat..Erti lalai dalam solat bermakna tidak mngerjakan solat di awal waktu..Cuba kita bayangkan, kalau la bkerja kena masuk pukul 8 pagi,kmpom pkul 7.55 pon dah msuk keja, kalau exam start pkul 9pagi, pkul 8.55 pon dh bsdia di luar exam hall, namun ini semua hanyalah keduniaan, fardhu kifayah..Tetapi kalau solat zhor pukul 1.30,adakah pukul 1.25 kita dh bersedia utk menunaikan solat?Tepuk dada tanya iman..Solat itu adalah perjumpaan kita dengan Allah S.W.T namun kenapakah kita selalu melewatkannya sedangkan ianya bukan ibarat meeting dgn bos,bukan seperti dating dgn kekasih, namun satu pertemuan dengan Allah S.W.T yg merupakan pencipta sekalian makhluk..Menceritakan kepentingan solat di awal waktu, Saidina Abu Bakar Assiddiq menyuruh anaknya menceraikan isterinya kerana isteri anaknya itu tidak solat di awal waktu..Begitulah betapa komitednya Saidina Abu Bakar dlm menjaga solat..Rasullullah S.A.W pernah ditanya,"apakah perkara yang paling disukai oleh ALLAH",dan baginda menjawab iaitu "solat di awal waktu"..ALLAH menjanjikan 5perkara kepada mereka yang menjaga solatnya iaitu melaksanakan solat di awal waktu iaitu : Diangkat kesempitan hidupnya didunia, diangkat azab kuburnya, menerima buku amalnya dengan tangan kanan, meniti titian sirat sepantas kilat dan masuk syurga tanpa hisab..Namun Allah juga menyediakan azab kepada mereka yg cuai dlm melaksanakan solat.5 azab didunia: Ditarik kberkatan umurnya, dihapuskan tanda2 soleh di wajahnya, segala amalan yg lain tidak akan diterima, tidak akan diterima doanya dan tidak tergolong dalam doa2 org soleh..3 azab sewaktu sakaratulmaut: Mati dalam keadaan hina , mati dalam keadaan lapar selaparnya, mati dalam keadaan dahaga sedahaganya.3 azab didalam kuburnya : Disempitkan kuburnya hingga tulang rusuknya bertemu, dihidupkan kuburnya dengan api dan dibakar pagi dan malamnya, seekor ular yang matanya dari api dan kukunya dari besi dan akan memukul sehingga tenggelam 70 hasta ke dalam bumi..Dipetik dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas namun hadis ini tidak dikategorikan dalam hadis sahih tapi cukuplah supaya ianya dapat meningkatkan iman kita..P/s:Dipetik dari Pengajian Kitab Alkoba`ir yang disampaikan oleh Ust Supaat dalam kuliah Magrib Masjid Alhasanah..Sampaikanlah walaupun satu ayat..Amin

"Semoga berjumpa lagi,jika bukan di bumi Tuhan, insyaAllah di akhirat nanti"..

Tuesday, February 9, 2010

Wahai Sahabatku..

Teman..Sahabat..Kawan..Rakan..smuanya membawa satu maksud yg tak terungkai..

Tikaku kealpaan kau bsikkan bicara keinsafan,
kau beri aku kekuatan tikaku diuji dugaan,
saatku kehlgn keyakinan kau nyalakan harapan,
saatku meragukan keampunan tuhan,
kau katakan rahmatNya mengatasi segala..

Indahnya jika kita dkurniakan shbt2 sperti ini..Hurmm..Tp apa pon kita MESTILAH bersyukur sekurang2nya masih mempunyai kawan dan mereka masih sudi berkawan dgn kita.Sesungguhnya sebaik2 shabat ialah shabat yg mengur kesalahan shbtnya,jadi berikanlah tnjuk ajar serta teguran spy kita semua dpt mmperbaikai diri.Maafkanku jika pernah mengguris hatimu, ampunkan kesalahanku jikaku pernah buat kau bersedih..Moga Allah merahmati kehidupan kita semua..Amin

"Semoga berjumpa lagi,jika bukan di bumi Tuhan, insyaAllah di akhirat nanti"..

Syukur2!

Dah hbs dh pon segala test yg tdekat tapi...... alahai byk lg lak project nk kna siapkan..hurmmm..trasa penat jgk kdg2 tuh stdy nih, rasa mcm nk bg cepat2 ja keja tp org yg dh keja lak ckap, bek stdy lg besh dr keja, hurmmm...manusia kan mmg ceni lah, ada ja yg xkena, yang ada xdhargai, yang xda pula drisaukan...Apa2 pon, kena seting niat blk kan, stdy smua nih bkn smata2 utk test,exam dan ..... tp segalanya ialah ibadah, kalu sembahyang tuh xpnh rsa bosan jd mengapakah harus ku rasa bosan utk stdy???hurmm..moga2 niat di hati nih sentiasa tersetting kerana stdy itu ibadah kan..aminnn

Monday, February 1, 2010

Bukan Suka2!!

Tanggal 31.1.2010 maka wjudlah blog ini,taraaaaaa~~.haha..Blog ni jgk mgkin tempat perkongsian ilmu yg mgkin sedikit sebanyak memberi manfaat kepada visitor kan dek kerana semamngnya tidak mempunyai masa untuk berkongsi idea serta pendapat dengan rkan2ku yg jauh dari pandangan mata..Kepada yg xska apa2 dlm blog ini,jz leave dis blog n xpyh nk wt annoying dlam ruangan comment2 tuh yer...TQ

Pergi Tak Kembali..

Kematian itu pasti bagi setiap yang bernyawa.Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali..Kematian tdk mengenal usia,tidak mengenal darjat dan tidak mengenal masa,Dialah penentu segalanya setiap perkara yg trjadi dan tercatat di dalam lauh mahfuz..Mungkin sukar untuk kita menerima pemergian seseorang yang telah mencuit hati kita walaupun hanya beberapa kali pertemuan namun segalanya telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T terhadap seorang insan bernama manusia..Kematian orang yg kita sayangi bukanlah hanya sekdar memberi kesedihan malah sebenarnya ia merupakan satu PERINGATAN penting supaya kita dpt menyiapkan diri untuk menghadapinya..Percayalah, hati mana tdak sedih melihat org yang disayangi dikabur tanah segumpal demi segumpal sehinggalah ianya ditutup litup namun ratapan pemergiannya harus dielakkan supaya org yg dsayangi itu tidak susah di alam kuburnya...Seminggu yang berlalu, terus ditakdirkan dengan kematian demi kematian dan ianya disudahi dengan satu kematian yang amat memilukan,menyedihkan dan meruntun perasaan dri utk menitiskan air mata tanpa disedarii...Moga Allah menempatkan Saudara2 seislamku itu di tempat para solihin dan dijauhkan dari seksaan kubur..Alfatihah buat saudara afif asyraf & Bapa kepada kak ina. Moga Allah mengurniakan ketabahan kepada insan2 yang terdekat dgn arwah..Amin ya Robb..