Sunday, February 14, 2010

Matinya hati seorang manusia..

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Kita mingkin selalu risaukan tentang kecantikan diri,penampilan diri namun adakah kita pernah memikirkan tentang kecantikan hati?.Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati dan cuba bayangkan jika setiap hari 100 dosa dan selama setahun maka (100x365=36500) titik hitam yang ada pada hati kita,betapa hitam dan kotornya hati kita.Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.Kadang kita asyik merungut "stdy byk dah tapi masuk exam hall jadi blank ja","stdy dah tp tlupa dah la","stdy dari tadi g nih tp awat tah ilmu nih xmau masuk dlm kepala nih",mungkin kdg2 perkara sperti ini sering berlegar dalam fikiran seorang pelajar, namun adakah kita sedar mengapa itu terjadi?Percayalah dan berpeganglah pada kata, "jika kita menjaga hak Allah nescaya Allah akan memelihara hak kita".Berjaga-jagalah dari matinya hati kita kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan pelajaran merosot malah akan menyebabkan kerosakan di muka bumi.Kita mungkin mati jika tubuh ini tidak diberi makan, namun begitu juga pada hati, jika ianya tidak diberi santapan rohani yang secukupnya, maka sakitlah ia, jika ia sakit dan tidak diubati, maka matilah ia.Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu hubbul dunia (kasihkan dunia), lalai daripada zikirullah (mengingati Allah, membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Santapan rohani bukanlah dengan mendengar lagu2 yg tidak berfaedah, bukan dengan menonton cerita yang mengusik kalbu, namun ianya dengan zikrullah dan muhasabah diri.Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud:
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)

Jika kita hidup berlandaskan syariat, insyaAllah aman dan mudahlah urusan kita di dunia dan di akhirat..Sampaikanlah walaupun satu ayat..P/s:Diolah dr artikel Ustaz Zainudin Hashim


"Semoga berjumpa lagi,jika bukan di bumi Tuhan, insyaAllah di akhirat nanti"..

No comments:

Post a Comment