Friday, February 19, 2010

Ketika Alam Bertasbih..

Di dalam satu program motivasi terdapat satu slot di mana peserta dibawa ke satu tempat air terjun selepas menunaikan solat subuh.Mereka semua diarahkan duduk di tepi2 sambil menyelamkan kaki ke dalam air..Seterusnya ustaz yg mengendalikan program itu bertanya,siapa suka lagu rock kapak?maka ada yg mengangkat tangan..Siapa pula yg sukakan dangdut?maka ada juga yang mengangkat tangan..Siapa yg suka RnB n Jazz?ada juga yang mengangkat tangan..."kepada yg sukakan rock kapak,bila kamu sedang stress,apa akan jadi kepada kamu jika kamu mendengar lagu dangdut?" dan ada yang menjawab, "pengsan la saya, ustaz"...ustaz itu bertanya lagi, "kepada yg sukakan jazz,bila kamu sedang stress,apa akan jadi kepada kamu jika kamu mendengar lagu rock kapak?, aada yang menjawab,"boleyh gila klu mcm tuh,ustaz",dan jwapan itu disambut dengan gelak..Ustaz itu seterusnya meneruskan apa yg diprogramkanya dan mnenyuruh smua org memejamkan mata selama 10 saat..Mereka memejamkan mata sambil menghayati bunyi-bunyian alam yang menenangkan.Selepas 10saat, ustaz itu bertanya,"siapakah yang tidak merasa tenang selama 10saat tadi?" maka tidak ada seorang pon yang mengangkat tangannya..ustaz itu menyoal lagi,"kenapakah orang yg meminati rock kapak,jazz,RnB dan dangdut kesemuanya bersatu merasa tenang dengan hanya mendengar bunyi-bunyian alam di sini?", maka tidak ada seorang pon yang mampu menjawab..ustaz itu menjawab "ini adalah kerana bunyi-bunyian alam ini adalah bunyi seluruh ciptaan Allah S.W.T yang sedang bertasbih terhadap penciptanya"..Seluruh alam sbenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah cumanya manusia tidak mempunyai daya untuk mendengarnya.Dan apabila tiba malam jumaat, seluruh gunung-ganang, bukit-bukau,pohon2 beserta haiwan2 akan bertasbih dengan sebaik2nya kerna takotkan kemungkinan kiamat berlaku keesokan harinya namun kita sbg manusia yang mempunyai akal sering alpa dengan hal2 keduniaan dan beranggapan seoolah2 kiamat itu tidak akan berlaku dalam waktu terdekat.Disini jelaslah bahawa zikirullah itulah yang sebenar2nya akan membuatkan hati lebih tenang berbanding apa pon lagu kesukaan kita..Seperti mana kita berasa tenang mendengar bunyi-bunyian alam, maka begitulah juga kita akan merasa tenang apabila diri sendiri yang bertasbih kepada Allah.Imam Al Bukhari meriwayatkan, Rasulullah pernah bersabda: yang bermaksud
"Sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat seketul darah, jika ia baik dan sihat maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika ia sakit maka sakitlah seluruh tubuhnya, ketahuilah, segumpal darah itu adalah hati"

Sesungguhnya hati memerlukan makanan rohani iaitu sperti zikrullah dan kerana itu lah hati semua orang akan merasa tenang apabila mendengar bunyian alam yang sebenarnya bunyi2 itu adalah tasbih kepada Allah.Sama2lah kita menjaga hati kita dan memberikan makanan rohani kepadanya dengan sebaiknya dengan memperbanyakkan berzikrulah dalam kehidupan seharian kita..

"Semoga berjumpa lagi,jika bukan di bumi Tuhan, insyaAllah di akhirat nanti"..

3 comments: